Platform Industri
Kerjasama Industri, Memperkasa TVET
Platform Industri dibangunkan bagi merapatkan hubungan industri, institusi latihan TVET dan golongan sasar. MySPIKE menyokong pelaksanaan program smart partnership antara industri dan institusi TVET ke arah pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk negara.
Industri Pemacu, TVET Pemangkin, Negara Maju
01 Pengenalan
Platform Industri ini disediakan bertujuan untuk merapatkan hubungan industri, institusi latihan TVET dan golongan sasar. MySPIKE dibangunkan menyokong hasrat utama dalam Kerangka Kerjasama Strategik Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi memperkukuhkan kerjasama industri ke arah pelaksanaan TVET dipacu industri.
Jabatan pada dasarnya menggalakkan program-program smart partnership antara industri dengan institusi TVET bagi memaksimumkan sumber yang ada. Di antaranya adalah:
Kepakaran Industri
Melibatkan kepakaran industri dalam institusi.
Bahan & Peralatan
Perkongsian bahan pengajaran dan peralatan antara industri dan pusat latihan.
Teknologi Terkini
Perkongsian teknologi terkini antara industri dan institusi TVET ke arah Industri 4.0.
Kerjasama Strategik
Industri & TVET
Bersama melonjak kemahiran,
terus memacu ekonomi negara.
Memperkasakan industri,
masa depan TVET yang lebih gemilang.
02 Perkongsian Maklumat Syarikat
Selaras dengan hasrat Jabatan bagi merapatkan hubungan antara blok penawaran dan blok permintaan di Malaysia, pihak syarikat digalakkan untuk mengisi maklumat yang diperlukan di dalam MySPIKE.
Maklumat ini dapat dimanfaatkan oleh:
- Pelatih dan graduan TVET
- Mencari tempat latihan industri
- Berfungsi sebagai enjin carian pekerjaan
03 Kepentingan NOSS kepada Syarikat
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) adalah dokumen yang menggariskan kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan tersebut.
Ciri-ciri Utama NOSS
- Berasaskan keperluan pekerjaan
- Mengikut struktur kerjaya dalam sesuatu bidang
- Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan
04 Kepentingan NOSS kepada Majikan
Pelaksanaan NOSS memberi manfaat yang besar kepada majikan, antaranya:
- Menentukan tahap kemahiran tenaga kerja mahir
- Panduan menyenaraikan tugas dan skop kerja
- Menilai prestasi pekerja
- Menjimatkan kos dan masa melatih semula pekerja
- Meningkatkan kualiti produktiviti, inovasi dan daya saing
05 Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.
Industri berpeluang untuk memberi pengiktirafan kepada pekerja dengan memohon SKM secara PPT. Ini termasuk juga pekerja yang berminat untuk meningkatkan kemahiran melalui Pusat Bertauliah PPT (PB-PPT).